Lebuhraya KL-Karak di KM52.4 dijangka ditutup sehingga Sabtu ini

By  |  0 Comments

12239614_965303930190592_5060105277448588046_n

Ekoran kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada lewat petang Rabu lalu, sebahagian Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak iaitu di KM52.4 dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor, semua lorong di laluan berkenaan dijangka ditutup sehingga Sabtu ini bagi kerja-kerja pembersihan banjir lumpur.

Katanya lagi, bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan cuaca dan pengesahan pakar cerun.

“Sekiranya berlaku banjir lumpur kali kedua, kami terpaksa lanjutkan tempoh penutupan lebuh raya berkenaan. Penutupan dibuat sehingga kerja-kerja pembersihan diselesaikan sepenuhnya,” katanya menerusi laporan Bernama.

12241779_965308010190184_6574092628399319323_n

Mansor berharap semua pengguna jalan raya dapat bersabar dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

Kejadian banjir itu menyebabkan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber foto : Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *