MIROS dilantik sebagai agensi bagi mempromosi keselamatan jalan raya di ASEAN

By  |  0 Comments

TeanaDrive16

Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-21 telah melantik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagai salah satu agensi untuk menggalakkan keselamatan jalan raya di rantau ASEAN, laporan Bernama.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MIROS akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan keselamatan jalan raya di rantau.

Ini adalah susulan komitmen ASEAN untuk mengurangkan kadar kemalangan maut sehingga 50 peratus di semua negara anggota menjelang 2020.

“Ia adalah sasaran besar yang perlu dicapai dan fungsi MIROS adalah untuk memberi galakan dan memberi pengetahun mengenai isu-isu berhubung aspek keselamatan jalan raya dalam kalangan negara-negara ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan mesyuarat ATM Ke-21.

Beliau berkata strategi yang digariskan oleh ASEAN bukan sahaja akan menumpukan kepada keselamatan kenderaan tetapi juga aspek pengurusan keselamatan jalan raya bagi meningkatkan sektor pengangkutan darat di rantau ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *