F56 MINI Hatch bakal menjengah pasaran Malaysia April ini

By  |  0 Comments

mini-f56-pr-infokereta 040

Laporan yang diterbangkan oleh rakan sepasukan daripada Paultan.org, Jonathan James Tan, yang kini berada di Puerto Rico untuk memandu uji model baharu MINI turut berkongsi cerita dengan Info Kereta. Katanya MINI Malaysia telah mengesahkan bahawa model F56 MINI bakal menjengah pasaran Malaysia pada April ini.

Selepas penampilan perdana sedunia pada November yang lalu, F56 MINI akan mula dijual sempena dengan Minggu MINI yang bakal berlangsung pada 12-13 April ini.

Di mana Minggu MINI yang dianjurkan oleh MINI Malaysia bakal menawarkan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung, termasuklah melihat secara lebih dekat model hatchback ini. Walau bagaimana pun, belum ada kenyataan rasmi varian manakah yang bakal diperkenalkan. Namun menurut Jonathan, kemungkinan besar ia adalah model Cooper dan Cooper S.

Nantikan pengumuman selanjutnya dari MINI Malaysia mengenai pelancaran F56 MINI ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *