LPT 2 : PDRM akan teruskan operasi had laju

By  |  0 Comments

LPT2_2

Ekoran statistik kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) semakin membimbangkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan operasi had laju di sepanjang laluan lebuhraya tersebut bagi mengurangkan kadar kemalangan maut.

Memetik laporan Bernama, Pegawai Penguatkuasa dan Operasi Trafik Bukit Aman DSP Mustaffa Bakri Salleh berkata, menerusi operasi had laju yang dilakukan di LPT 2 itu pihaknya mendapati masih ramai pengguna yang gagal mematuhi had laju yang ditetapkan.

Di mana sepanjang operasi tersebut sebanyak 203 saman telah dikeluarkan kepada pemandu yang memandu melebihi 110 kilometer sejam manakala 38 lagi membabitkan lain-lain kesalahan trafik.

Crash-accident-collision

“Dalam operasi yang bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 6.30 petang menfokuskan kepada pemandu yang melebihi had laju yang ditetapkan di LPT berkenaan. Sebanyak 241 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan kepada pemandu atas pelbagai kesalahan ketika menggunakan laluan tersebut,” katanya.

Beliau turut menasihati semua pemandu agar tidak memandu laju serta berwaspada memandu terutamanya ketika hujan dan berehat di hentian rawat dan rehat sekiranya mengantuk dan penat.

“Biarpun memandu laju antara punca kemalangan yang berlaku di LPT, masih ramai yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, jadi kita akan terus menguatkuasakan tindakan di laluan tersebut,” sambungnya lagi.

Berdasarkan statistik semasa sebanyak 1,991 kes kemalangan telah direkodkan dan meragut 85 nyawa sejak lebuh raya itu beroperasi pada Januari 2011.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *