Nissan NP300 Navara baharu sedang dipamerkan di One Utama PJ

By  |  0 Comments

nissan-np300-navara-1utama 28

Sebelum ia dilancarkan secara rasmi dalam beberapa minggu lagi (dijangka pada awal November ini), Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM) telah mempamerkan model Nissan NP300 Navara baharu dalam siri jelajah Nissan yang sedang berlangsung di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Namun, seperti yang dijangka, ETCM masih ‘menyembunyikan’ model NP300 Navara versi Malaysia, sebaliknya hanya mempamerkan unit spesifikasi Thai. Walau bagaimana pun, daripada pandangan luaran, tiada banyak perbezaan.

Apa yang jelas kelihatan, ia hanya melibatkan perbezaan suspensi belakang sahaja. Iaitu bagi unit spesifiksi Thai, memilih leaf spring, sebaliknya NP300 Navara versi Malaysia dipadankan dengan multi-link.

nissan-np300-navara-1utama 29

Bagi unit Thai yang sedang dipamerkan ini, kami tidak dapat melihat bahagian kabinnya kerana pintunya dikunci dan cerminnya digelapkan. Jadi tidak dapat dipastikan adakah imej dan elemen dalamannya adalah sama dengan model spesifikasi Malaysia.

Kalau anda ingin mengetahui mengenai NP300 Navara baharu unit spesifikasi Thai dan ulasan pandu ujinya, sila baca artikel yang ditulis oleh Jonathan Lee dari team Paultan.org DI SINI.

Untuk pasaran Malaysia, ia menawarkan enam varian iaitu VL, V, SE (AT), SE (MT), E dan Single Cab.

Kesemua varian NP300 Navara baharu versi Malaysia ini , ia dipadankan dengan ‘jantung’ yang telah ditambah baik iaitu enjin 2.5L Diesel YD25 Nissan.

Ia berkeupayaan menghamburkan kuasa maksimum sehingga 190PS dan puncak tork 450Nm pada 2,000rpm, sekali gus menjadikannya sebagai trak pikap paling berkuasa dalam segmennya.

Bagi prestasi kuasa yang lebih berdinamik, ia turut digabungkan dengan transmisi automatik tujuh-kelajuan bersama mod manual iaitu pertama dalam kelasnya menjadikan NP300 Navara menjadi peneraju dengan lebih kuasa, pecutan yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api.

Namun berbeza dengan varian SE (MT), E dan Single Cab, ia dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan.

Bagi suspensi pula, ia memilih Independent Double-Wishbone dengan palang penstabilan untuk hadapan dan multi-link bersama penyerap hentak di bahagian belakang.

nissan-np300-navara-1utama 25

Bagi saiz kerangkanya, ia memiliki ukuran 5,255 mm panjang, 1,850 mm lebar dan 1,840 mm tinggi (kurang 30 mm untuk varian V, SE (AT), SE (MT) dan 40mm untuk E). Manakala bagi Single Cab pula, berukuran 5,235 mm panjang, 1,790 mm lebar dan 1,775 mm tinggi. Semuanya sama ukuran bagi jarak roda iaitu 3,150 mm.

NP300 Navara baharu varian tertinggi V, menerima perubahan karakter luaran dengan menampilkan DNA reka bentuk Nissan yang tersendiri serta cukup menonjol.

Lampu utama LED yang lengkap dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk ‘boomerang’ Nissan yang pertama dalam kelasnya, melengkapkan gril signatur ‘V-motion’ Nissan serta menyerlahkan aspek estatiknya. Varian ini juga ditampilkan dengan rel bumbung.

Namun hanya padanan lampu utama halogen untuk lain-lain varian. Dan kesemua varian turut dilengkapi dengan spoiler belakang kecuali varian Single Cab.

Varian V dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18-inci dan 16-inci untuk lain-lain varian. Cuma varian Single Cab sahaja menggunakan rim keluli bersaiz 16-inci.

Bagi kabinnya pula, mengikut risalah, NP300 Navara turut mengaplikasikan tempat duduk yang diinspirasikan daripada Graviti Sifar (Zero Gravity Inspired Seats) seperti model-model premium Nissan lain. Tempat duduk ini memberi sokongan pada tulang belakang pemandu dan penumpang hadapan.

Manakala pendingin hawa dua zon dan corong udara di bahagian belakang pula memberikan penyejukan kabin yang optimum.

NP300 Navara Serba Baharu hadir bersama pelbagai ciri keselamatan untuk apa jua situasi pemanduan. Ia dilengkapi sistem ciri Active Brake Limited Slip untuk menawarkan cengkaman lebih baik serta meningkatkan kestabilan kenderaan di atas jalan yang licin, Hill Start Assist dan Hill Descent Control.

nissan-np300-navara-1utama 26

Ciri-ciri utama keselamatan lain termasuklah dua beg udara di bahagian hadapan, cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX), Kawalan Dinamik Kenderaan, ABS, EBD, Bantuan Brek dan Sistem Kawalan Cengkaman untuk membantu pemandu agar sentiasa berada dalam kawalan serta dapat mengelakkan daripada bahaya dalam situasi-situasi kecemasan.

NP300 Navara Serba Baharu menawarkan empat warna iaitu Savanna Orange serba baharu, Tungsten Silver, Diamond Black dan Brilliant White.

Ia telah pun bersedia menerima tempahan.

Harga anggaran bagi model pikap ini adalah seperti berikut :

Nissan_NP300_Navara

Nissan NP300 Navara versi Thailand yang sedang dipamerkan di One Utama PJ

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq