Proton Iriz & Suprima S akan digunakan sebagai kereta peronda polis mulai Nov ini

By  |  0 Comments

Berita yang sedang viral di laman media sosial memperkatakan tentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menggunakan Proton Iriz dan Suprima S sebagai kereta peronda bagi menggantikan Perodua Kancil yang buat masa ini digunakan oleh jabatan terbabit.

Di mana Perodua Kancil yang digunakan bagi kereta peronda oleh Ketua Balai Polis cawangan kecil, akan digantikan dengan model Iriz. Manakala Suprima S pula akan digunakan untuk balai-balai polis yang lebih besar.

Menurut sumber, majlis perasmian dan penyerahan kunci akan dilaksanakan secara rasmi pada awal November ini oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pada pertengahan Ogos lalu, PDRM mula menerima 1,200 buah Proton Inspira bagi dijadikan kereta peronda baharu secara berperingkat mulai hujung tahun ini.

Selain itu, Proton Preve juga menjadi pilihan PDRM bagi tujuan yang sama. Kenderaan itu adalah khusus bagi menggantikan kereta peronda yang berusia lapan tahun ke atas.

Sumber foto : Facebook

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *