SKVE ikut serta naikkan kadar tol

By  |  0 Comments

skve

SKVE Holding SDN BHD, syarikat konsesi bagi Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) turut menyertai 17 lebuhraya lain menaikkan kadar tol mulai hari ini. Ia menjadikan jumlah sebanyak 18 lebuhraya yang mengambil keputusan untuk melakukan penstrukturan kadar tol baharu.

Bagi Kenderaan Kelas 1, perjalanan ke plaza tol Ayer Hitam dari SKVE Saujana Putra akan dikenakan kadar sebanyak RM2.40 (berbanding RM1.90 sebelum ini, meningkat 50 sen).

Sementara dari Teluk Panglima Garang pula, dikenakan kadar sebanyak RM4.50 (naik sebanyak 80 sen, iaitu RM3.70 sebelum ini). Manakala dari Pulau Indah pula, kadar baharu ialah RM8.10 (berbanding RM6.70 sebelum ini).

Berikut merupakan carta kadar tol baharu di SKVE :

SKVE_tollrate_chart

Selain SKVE, 17 lebuhraya yang terlibat dengan kenaikan kadar tol ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK).

Selain itu, ia turut melibatkan Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *