Lebuhraya Senai-Desaru naikkan kadar tol antara 80 sen hingga RM4.70

By  |  0 Comments

Senai-expressway2

Senai-Desaru Expressway Berhad telah mengeluarkan kenyataan Lebuhraya Senai-Desaru juga akan melaksanakan kadar tol baharu berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Kenaikan kadar tol ini melibatkan empat plaza tol kendaliannya iaitu Plaza Tol Senai, Ulu Tiram, Cahaya Baru dan Penawar. Di mana ia melibatkan kenderaan kelas satu hingga empat dengan kadar kenaikan antara 80 sen sehingga RM4.70. Walau bagaimana pun, kenaikan ini tidak melibatkan kenderaan kelas lima.

Menurut kenyataan itu, kenderaan Kelas 1 akan mengalami kenaikan dari 80 sen hingga RM2.30 dan Kelas 2 iaitu lori kurang daripada satu tan mengalami kenaikan dari RM1.20 hingga RM3.50.

Manakala Kelas 3 (lori besar dan treler) pula naik dari RM1.50 hingga RM4.70 dan Kelas 4 (teksi) pula mengalami kenaikan 40 sen hingga RM1.20.

Sumber foto : Laman web rasmi Senai-Desaru Expressway Berhad

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq