GALERI : Toyota Avanza baharu mempertaruhkan imej lebih segar & enjin Dual VVT-i

By  |  2 Comments

Avanza_Ext_04

Sejak 9 Oktober yang lalu, Toyota Avanza baharu telah pun berada di semua bilik pameran Toyota seluruh negara. Ia ditawarkan dengan empat varian iaitu Toyota Avanza 1.5S Automatik, Toyota Avanza 1.5G Automatik, Toyota Avanza 1.5E Automatik, dan Toyota Avanza 1.3E Manual.

Harga atas jalan yang ditawarkan ialah RM80,810 bagi Avanza 1.5S Automatik, RM78,477 untuk Avanza 1.5G Automatik, Avanza 1.5E Automatik pula berharga RM75,787 dan RM69,072 bagi Avanza 1.3E Manual.

Avanza baharu ini telah menerima sentuhan gaya yang telah diperkemaskinikan. Bahagian hadapannya tampil lebih segar dengan bonet, dapra, lampu utama, gril dan bampar telah dibentuk semula.

Penampilannya bertambah menyerlah dengan padanan gril berbentuk trapezoidal, palang yang sedikit besar dengan kekemasan krom untuk varian 1.5G dan perak bagi 1.5E serta 1.3E. Malah lampu utamanya juga lebih nipis dengan padanan corong udara pada bahagian bawah bampar.

Varian 1.5S kelihatan sedikit sporty dengan bahagian hadapan yang lebih menyerlah dan ditampilkan dengan lampu kabus. Kesemua varian turut dipadankan dengan lampu reflektor halogen sebagai ciri standard.

Avanza_Ext_20

Ia juga menerima padanan rim aloi baharu dengan saiz 14-inci bagi 1.5E dan 15-inci untuk 1.5G serta 1.5S. Bagi bahagian belakang, lampunya telah menerima rekaan grafik baharu.

Manakala bahagian kabinnya turut ditampilkan sedikit perubahan. Bahagian konsol tengah telah direka semua dengan kekemasan perak pekat, terdapat penambahan butang kawalan audio pada roda stereng serta cermin tingkap berkuasa untuk varian 1.5S dan 1.5G. Ia turut menampilkan fabrik dengan paten upholstery baharu serta rekaan semula bagi kluster instrumen.

Avanza_Int_14

Malah ia turut menampilkan unit kepala 2-DIN baharu (dengan sambungan Bluetooth pada varian 1.5E, 1.5G dan 1.5S) serta pengepam tayar mudah alih sebagai ciri standard.

Bagi elemen keselamatan, kesemua varian Avanza turut dilengkapi dengan ABS dan EBD, dua beg udara dan cagak Isofix.

MPV tujuh-tempat duduk ini turut dipadankan dengan enjin baharu yang lebih berkuasa iaitu dari siri NR dengan menampilkan Dual VVT-i yang diyakini lebih efisien dan bersih serta mampu menghasilkan kuasa yang lebih mengagumkan. Malah bunyi bising dan getarannya juga telah dikurangkan hasil penggunaan material penyerap bunyi.

Avanza_Ext_32

Dual VVT-i ini dipadankan dengan enjin 1.5 yang mampu memberikan kuasa sehingga 105 PS/136Nm dan 1.3 liter pula dengan kuasa 97PS/121Nm.

Di mana enjin baharu ini mampu mengoptimakan lagi tekanan minyak pada transmisi, secara tidak langsung memberikan penjimatan bahan api antara 5 hingga 15% (bergantung pada keadaan jalan, trafik dan cara pemanduan). Selain itu, Eco Drive Indicator yang turut ditampilkan turut membantu menambahkan lagi penjimatan bahan api.

Varian 1.3 dipadankan dengan transmisi manual lima-kelajuan manakala 1.5 pula hanya automatik empat-kelajuan.

Toyota turut menawarkan elemen tambahan dengan kos ektra iaitu lampu nyalaan siang LED bagi 1.3E, 1.5E dan 1.5G (tambahan RM2,332), sistem navigasi GPS dengan fungsi DVD-AVN (RM3,122), sistem hiburan DVD-AVX dengan kamera undur (RM1,982), Toyota Premium Security and Solar Film (RM1,993) dan Toyota Essential Solar Film (RM1,039).

Ia turut didatangkan dengan waranti selama 36 bulan atau 100,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu). Ia menampilkan empat pilihan warna kerangka iaitu putih, hitam metalik, merah ‘Mica’ metalik dan perak ‘mica’ metalik.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pokerqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/bandarqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/2024/slotgacor/index.html https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pkvgames/ https://ladyblossomke.co.ke/wp-includes/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://ieomsociety.org/indonesia/wp-content/uploads/2020/pkvgames/ https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/bandarqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/dominoqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/qiuqiu/ https://www.i-escape.com/blog/rute/pkvgames/