Shell memperkenalkan Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 baharu

By  |  1 Comment

Shell_Helix

Shell Lubricants telah melancarkan produk terbaharu dan paling canggih dalam rangkaian minyak enjin Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus iaitu Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30.

Ia menawarkan prestasi dan perlindungan enjin yang tiada tandingan, dengan perlindungan daripada kehausan empat kali[7] lebih baik daripada piawaian industri, lantas mencatatkan rekod baru bagi Shell Helix.

Produk utama baru daripada rangkaian Shell Helix ini dirumus dengan Teknologi Shell PurePlus yang dipatenkan dan memaparkan kelebihan Teknologi Serasi Emisi atau Emissions Compatible Technology (ECT), yang dihasilkan untuk membantu melindungi sistem emisi enjin diesel dan gasolin paling moden.

Ia juga menepati spesifikasi teknikal yang mencabar dalam industri dan mendapat kelulusan daripada pengeluar peralatan yang terulung, termasuk Mercedes dan Volkswagen.

Berucap di majlis pelancarannya, Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Leslie Ng, berkata “Formula Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 adalah juga yang paling canggih setakat ini. Ia direka cipta untuk memberikan prestasi dan perlindungan yang tiada tandingan, untuk membantu enjin anda beroperasi pada prestasi tertinggi.”

Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 baharu ini juga dihasilkan dengan keupayaan berbilang bahan api dan sangat sesuai untuk kenderaan paling canggih dengan tahap emisi rendah. Kenderaan ini biasanya menggunakan kuasa enjin diesel dengan penapis zarahan, enjin gasolin prestasi tinggi atau enjin campuran gas, bio-diesel dan etanol.

Formulasi Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 mencapai keputusan yang menakjubkan dalam ujian piawaian industri, membuktikan bahawa tiada minyak enjin lain yang dapat membersihkan enjin kenderaan dengan lebih baik.

Selain perlindungan daripada kehausan empat kali lebih baik, ia memberikan perlindungan tiga kali lebih baik daripada kakisan komponen enjin, membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 baharu ini dijual pada harga RM338 untuk pek empat liter.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *