Harga bahan api bagi Okt 2015 : RON95, RON97 & diesel naik 10 sen seliter

By  |  0 Comments

Petronas Primax 97 Euro 4M 002

Selepas harga bagi bahan api Ron 97 dan RON 95 turun 10 sen seliter serta diesel juga turun 15 sen seliter pada bulan September lalu, trend ‘turun-naik’ ini seperti sudah dijangka.

Berita yang ‘kurang memberangsangkan’ untuk didengari pada malam ini ialah mengenai kenaikan semula harga ketiga-tiga bahan api iaitu RON 97, RON 95 dan diesel masing-masing 10 sen seliter.

Ini bermakna, berkuat kuasa 12:01 tengah malam ini, harga baharu bagi RON95 ialah RM2.05 seliter dan RON 97 menjadi RM2.45 seliter (termasuk GST). Manakala diesel pula RM1.90 seliter.

Pada bulan September, harga bagi RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 pula RM2.35 seliter (termasuk GST), dan diesel RM1.80 seliter.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *