NAZA World Auto-Mania sekali lagi bakal dianjurkan pada 2 hingga 4 Okt ini

By  |  0 Comments

NAZA World Auto-Mania 2.0_1

Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan dalam penganjurannya buat pertama kali pada April lalu, NAZA World Auto-Mania kini kembali.

Kali ini ia dianjurkan dengan skala yang lebih besat serta bakal menghimpunkan lebih banyak model kereta dan motosikal terkini.

Jika penganjuran lalu menerima kehadiran lebih 5,000 pengunjung, NAZA World Auto-Mania kali ini dharap mampu menerima lebih ramai kunjungan. Justeru, NAZA turut telah mengaturkan pelbagai aktiviti serta promosi istimewa sebagai tarikan utama.

NAZA World Auto-Mania 2.0_2

Bakal dianjurkan pada 2 hingga 4 Oktober ini, bertempat di NAZA World Automall, Petaling Jaya, ia akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Ia juga dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ke-40 tahun syarikat automotif gergasi ini.

“Kejayaan NAZA World Auto-Mania pada April lalu mendorong penganjurannya sekali lagi pada Oktober ini. Ia juga akan menawarkan pelbagai promosi terkini termasuk rebat tunai dan hadiah istimewa untuk setiap pembelian mana-mana model kereta dan motosikal,” ujar Kolonel (Hon) Datuk Wira Haji SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan & CEO Kumpulan, Kumpulan Syarikat Naza World.

NAZA World Auto-Mania 2.0_3

Antara jenama kenderaan yang bakal mengambil bahagian ialah Ferrari, Maserati, Brabus, Chevrolet, Harley-Davidson, Indian Motorcycle, Victory Motorcycle, Ducati, Aprilia, Vespa dan NAZA Bikes.

Para pengunjung juga berpeluang memandu/menunggang uji model-model kenderaan terbabit. Malah NAZA World Auto-Mania juga akan mempamerkan varian terkini bagi Chevrolet Colorado Sport dan Cruze Sport.

Promosi ‘Cars and Motorcycles of the Day’ juga akan dianjurkan sepanjang tiga hari tersebut dan menawarkan harga yang istimewa atau pakej aksesori tambahan. Pelanggan yang membeli mana-mana kereta atau motosikal dalam NAZA World Auto-Mania 2015 ini bakal menerima hadiah cabutan bertuah serta-merta.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *