KL MRT : Lorong di Jalan Cheras ditutup selepas jam 12 tengah malam mulai 30 Sept

By  |  0 Comments

MRT_CHERAS

MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd telah mengeluarkan notis pemberitahuan berhubung penutupan lorong sepanjang 30 meter di Jalan Cheras iaitu di hadapan AEON Maluri.

Penutupan ini akan dilaksanakan mulai 30 Sept hingga 2 Oktober dan hanya berlangsung pada jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi setiap hari pada tarikh berkenaan.

Ia adalah bagi memudahkan kerja-kerja mengangkut bahan pembinaan untuk projek MRT Stesen Maluri.

Menurut kenyataan terbabit, “Penutupan itu adalah perlu untuk memudahkan memunggah bahan binaan ke Pintu Masuk A di tapak pembinaan stesen bawah tanah MRT Maluri.”

Sepanjang penutupan itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda arah dan syarikat itu juga turut mengerahkan Pasukan Tindakan Kecemasan Projek untuk membantu melancarkan trafik.

Sumber foto : Laman web MRT

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *