Mitsubishi ASX tampil dengan varian baharu 2WD GL & harga RM105k

By  |  0 Comments

New Sporty Blue ASX

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan model Mitsubishi ASX 2015 yang dipertingkatkan.

Dengan harga bermula RM104,791.87, ia ditawarkan hanya satu varian baharu iaitu ASX 2WD GL, yang menyertai barisan sedia ada, ASX 2WD (RM112,571) dan ASX 4WD (RM125,041). ASX merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Tan Chong, Segambut.

Varian ASX 2WD GL ini ditampilkan dengan rekaan luar yang lebih segar termasuk lampu nyalaan siang dan antena “shark fin”. Selain warna sedia ada iaitu Titanium Grey, Cool Silver dan Solid White, kini ASX turut ditawarkan dengan warna luaran baharu iaitu Sporty Blue.

Enhanced interior

Bagi bahagian kabinnya, ia turut dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit, penghawa dingin automatik, paparan pelbagai-informasi berwarna dan cermin sisi boleh laras secara automatik.

Selain itu, ia juga menampilkan elemen standard termasuk skrin sesentuh dengan sambungan USB dan Bluetooth serta fungsi navigasi, dan juga Virtual Acoustic Positioning System (VAPS) yang menyalurkan bunyi audio lebih menyeluruh. Ia juga didatangkan dengan rekaan konsol tengah baharu dan kekemasan hitam berkilat pada butang panel pintu.

ASX dijana oleh enjin 2.0 liter MIVEC yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 150 PS dan tork 197 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi INVECS-III CVT (Continuous Variable Transmission) yang telah dipertingkatkan bersama Sports Mode bagi memberikan kuasa pendikit yang lebih baik serta penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Sempena dengan ulang tahun ke-10 di Malaysia, MMM akan memberikan rebat tunai sehingga RM12,000 (tertakluk pada terma & syarat) untuk model terpili. Ia adalah sebagai penghargaan buat para pelanggannya.

Bukan itu sahaja, bagi pemilik model Mitsubishi sedia ada, turut akan ditawarkan rebat tunai bila menempah mana-mana model Mitsubishi. Tawaran ini berlangsung sekarang sehingga 31 Mac 2016.

Sila baca ulasan pandu uji Mitsubishi ASX DI SINI.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *