Perodua Alza tambah pilihan warna Electric Blue untuk varian SE & Advance?

By  |  0 Comments

Perkhabaran terbaru, Perodua telah menambahkan satu lagi pilihan warna yang lebih menarik iaitu Electric Blue buat barisan model Alza. Ia telah didedahkan menerusi paparan foto dari akaun Facebook milik Perodua AXIA.

Namun menurut sumber terbabit, warna ini hanya untuk varian SE dan Advance sahaja. Tetapi menerusi foto ruang kokpit ini, ia kelihatan seperti varian standard (jika rujuk pada barisan Alza 2014).

Kalau ikutkan imej luarannya, tiada perubahan (kalau ia adalah untuk varian SE dan Advance) ditampilkan.

Apa pun, Infokereta.com masih menantikan perkembangan selanjutnya dari pihak Perodua sendiri. Nantikan maklumat selanjutnya.

Sumber foto : Facebook Perodua AXIA

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *