Penutupan jalan sempena Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 Sept

By  |  0 Comments

kl-city-jam

Sempena dengan Perhimpunan Rakyat Bersatu yang bakal berlangsung esok mulai jam 12 tengahari sehingga 6 petang di Padang Merbok, Kuala Lumpur, sebanyak 20 laluan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat.

Menurut Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, beberapa laluan terbabit mungkin bakal mengalami kesesakan teruk ekoran kehadiran kira-kira 2,000 bas yang membawa peserta untuk memasuki kawasan perhimpunan.

PDRM turut menempatkan 430 anggotanya untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam bermula jam 6 pagi.

Beliau turut berkata, PDRM juga kerjasama dan bantuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk kelancaran aliran trafik dan keselamatan.

PDRM-5

Jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Parlimen – Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Salahuddin – Bulatan Dato Onn, Jalan Raja Laut, Jalan Kinabalu/Susur Jalan Hishamuddin, Jalan Pudu/ Tun Tan Cheng Lock, Jalan Kuching dan Jalan Raja – Jalan Tunku Abdul Rahman.

Selain itu, itu turut melibatkan Jalan Munsyi Abdullah/Jalan Dang Wangi, Bulatan Sultan Mohammad, Jalan Damansara – Bulatan Hishamuddin, Jalan Kuching/Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail – Jalan Conlay, Jalan Raja Chulan, Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak dan Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang.

Manakala laluan alternatif ke pusat bandar yang disarankan ialah Jalan Tun Razak, Jalan Hang Tuah, Bulatan Kampung Pandan, Bulatan Pahang, Jalan Loke Yew/Jalan Hang Tuah dan Jalan Bukit Bintang.

Walau bagaimana pun, bagi yang terlibat dengan perhimpunan ini atau pun yang ingin ke pusat bandar dinasihatkan supaya sentiasa patuhi peraturan lalu lintas dan arahan anggota polis yang bertugas, elak melalui jalan yang terlibat dengan lencongan atau penutupan bagi mengelakkan anda tersekat dalam kesesakan, jangan meletak kenderaan di kawasan larangan, dan dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk memudahkan perjalanan anda.

Foto : FB Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *