Infiniti Q30 tampil gagah – Ditawarkan dengan varian SE, Premium & Sport

By  |  0 Comments

Infiniti Q30 - François Goupil de Bouillé - 14 Sept 2015 - 2

Infiniti Q30 telah diperkenalkan di Frankfurt Motor Show 2015 yang bakal membuka tirai untuk umum mulai 17 Sept ini.

Hadir dengan tiga varian iaitu SE, Premium dan Sport, Q30 tampil dengan penampilan yang penuh maskular termasuk kehadiran gril gerbang berganda dengan imej.

Bagi varian premium, ia turut ditampilkan dengan lampu kabus LED, cermin sisi berhaba, corong ekzos berkembar dan rim aloi bersaiz 18-inci.

Manakala varian Sport pula telah dipadankan dengan bampar hadapan yang direka semuka dan gril hadapan berwarna hitam berkilat, sill sisi yang sama dengan warna kerangka, bampar belakang, corong ekzos krom dan rim aloi bersaiz 19-inci. Q30 Sport lebih rendah sebanyak 15 mm berbanding SE dan Premium.

INF15018_Q30_009_comp_v007_vb_HR

Ternyata Q30 ini turut didatangkan dengan karakter yang lebih mantap dengan bentuk yang agak seski. Malah rekaannya turut menyerap sedikit imej model konsep Q30 2013.

Pada bahagian kabinnya, ia digambarkan dengan bentuk berobak dengan garisan penuh dinamik serta menggunakan material yang lebih lembut terutamanya pada bahagian pintu dan perehat tangan bahagian tengah.

Malah bunyi bising juga dapat disingkirkan dari menyerap masuk bahagian kabin dengan adanya sistem Active Noise Cancellation tetapi terhad untuk pasaran Eropah.

Q30 turut dilengkapi dengan tempat duduk sport bersama sokongan belakang dan pelarasan lapan-cara secara elektronik. Selain itu, ia turut didatangkan dengan roda stereng balutan kulit, pedal aluminium dan perehat kaki. Ada sesetengah varian juga didatangkan dengan Active Sound Enhancement yang memberikan bunyi yang lebih optimum sewaktu kenderaan dipacu laju.

Ketiga-tiga varian juga dilengkapi dengan sistem hiburan skrin sesentuh InTouch, kekemasan Dinamica Suede pada garisan bumbung dan tiang. Kekemasan dalaman juga termasuk material upholstery City Black dengan jahitan ungu, Cafe Teak Brown dan hitam serta Gallery White dengan sentuhan merah.

Q30 turut dibina dengan platform Mercedes-Benz’s Modular Front Architecture (MFA). Malah ia juga telah melalui proses talaan khas bagi penyerap hentak yang digabungkan dengan topang hadapan MacPherson dan multi-link pada bahagian belakang. Ia memberikan pemandu dan penumpang lebih keselesaan.

INF15018_Q30_010_comp_v007_vb_HR

Dijanakan oleh enjin 1.6 liter dengan kuasa 120 hp atau 154 hp, 2.2 liter empat-silinder diesel dengan 168 hp yang kedua-duanya dari sumber Mercedes serta enjin dari Renault iaitu 1.5 liter diesel dengan kuasa 107 hp. Kesemua turut dipadankan dengan kotak gear klac-berkembar tujuh-kelajuan dan pilihan manual enam-kelajuan.

Selain itu, Q30 ini turut didatangkan dengan Bantuan Parkir Automatik dan Paparan Sekeliling dan Pengesan Pergerakan Objek, Amaran Titik Buta, Amaran Pelanggaran Hadapan dengan Brek Kecemasan, Bantuan Lampu Tinggi Auto dan Kawalan Kelajuan Pintas.

Infiniti Q30 bakal berada di beberapa pasaran dunia mulai penghujung tahun ini dan QX30 crossover pula dijangka bakal diperkenalkan pada separuh pertama 2016.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *