MINI Clubman baharu… kemunculan yang dinantikan

By  |  0 Comments

P90155270-highRes

MINI bakal mempertontonkan model baharu bagi MINI Clubman di Frankfurt Motor Show 2015 yang bakal berlangsung pada 17 hingga 26 September ini.

Menggabungkan ruang dalaman yang dipertingkatkan dan versatiliti mendorong perubahan yang lebih signifikan bagi MINI Clubman baharu ini, sekali gus memberikan impak yang lebih besar bagi mencabar model di bawah segmennya.

P90155280-highRes

Dengan kerangka empat-pintu ini, MINI Clubman baharu ini tampil dengan karakteristik tersendiri termasuk pintu pemisah di bahagian belakang, lima tempat duduk dan ruang dalaman yang lebih luas.

Ia telah dipanjangkan sebanyak 27 cm dan 9 cm lebih lebar serta jarak roda 10 cm lebih panjang. Malah ia juga menambahkan lagi ruang storannya dengan sejumlah 360 liter dan boleh menjangkau sehingga 1,250 liter jika tempat duduk belakang dilipar sepenuhnya.

MINI Clubman ini turut menampilkan beberapa elemen buat pertama kali termasuklah brek parkir elektrikm, kotak gear Steptronic dengan lapan-kelajuan serta tempat duduk pemandu yang boleh dilaras serta dengan MINI Yours Interior Styles.

Malah gaya klasiknya turut dicampur aduk dengan bancuhan elemen kontemporari bagi menyerlahkan lagi imejnya. Ia diserikan dengan kehadiran lampu dalaman LED dan pencahayaan ambien yang lebih berseri.

Elemen unik lain yang ditampilkan termasuklah pilihan Comfort Access termasuk membuka pintu pemisah belakang secara elektronik.

P90162264-highRes

MINI Clubman ini bakal dilancarkan di peringkat global pada 31 Oktober ini berlokasi di United Kingdom. Ia ditawarkan dengan enjin dari generasi baharu serta MINI TwinPower Turbo Technology.

Dengan enjin empat-silinder bagi MINI Cooper S Clubman, ia mampu memberikan kuasa sehingga 192 hp, sementara bagi MINI Cooper Clubman pula dipadankan dengan enjin tiga-silinder (136 hp). Manakala MINI Cooper D Clubman pula dipadankan dengan enjin baharu iaitu diesel empat-silinder dengan kuasa 150 hp.

Di Frankfurt Motor Show 2015 ini juga, MINI bakal memperkenalkan enjin varian bagi Cooper SD baharu buat pertama kalinya.Ia bakal menjanakan kuasa sehingga 190 hp dan merupakan enjin diesel yang paling berkuasa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *