PROLINTAS tampil memberikan penerangan berhubung perjanjian konsesi antara AKLEH, GCE & LKSA

By  |  0 Comments

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) hari ini telah menerangkan perjanjian konsesi bagi tiga syarikat penyelenggara lebuhraya iaitu Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), Guthrie Corridor Expressway (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Ketua Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Ir. Zainudin A.Kadir berkata, “Tujuan penerangan ini adalah untuk memberikan maklumat perjanjian yang lebih telus agar pengguna jalan raya mendapatkan gambaran yang lebih tepat mengenai lebuhraya yang diuruskan oleh PROLINTAS dan bukannya mempercayai sebarang khabar angin atau maklumat daripada pihak ketiga.”

Sambungnya lagi, “Ia adalah berkenaan dengan butiran caj pengguna yang kami usahakan untuk memastikan ia adalah serendah yang mungkin bagi semua lebuhraya di bawah pengurusan kami. Walaupun perjanjian konsesi telah menyediakan peruntukan bagi kenaikan caj pengguna jalan raya, kami telah mengekalkan caj pengguna jalan raya iaitu RM1.50 untuk AKLEH dan RM1.20 bagi LKSA di Plaza Tol Seri Muda dari hari pertama. Namun hanya membuat sedikit peningkatan daripada RM1.00 kepada RM1.40 untuk GCE pada tahun 2007.”

Guthrie Corridor Expressway (GCE)

Mengenai AKLEH, pengguna lebuh raya berkenaan sepatutnya dikenakan peningkatan caj tol dari RM2.50 pada 2008 hingga RM3.50 pada 2015 untuk Kenderaan Kelas 1. Namun, untuk mengekalkan caj pada RM1.50, PROLINTAS telah diberi pampasan sebanyak RM119.2 juta berdasarkan perbezaan di antara caj sebenar yang dikumpul dan caj yang mungkin

Menurut Pengarah Urusan AKLEH, Engku Mohd Fauzi Engku Hatim, “Pampasan itu telah pun digunakan semula untuk kerja-kerja menaik taraf lebuhraya. AKLEH perlu menambah dari dua lorong sedia ada ke jalan berkembar tiga lorong iaitu dari KM4.6 hingga KM6.0 menerusi perjanjian konsesi ini jika trafik melebihi 93,000 kenderaan sehari. Untuk menaik taraf ini, kos yang diperlukan ialah RM120 juta.”

Sehubungan itu, Datuk Ir. Zainudin berkata, “Walau bagaiamana pun, kami akan melakukan yang terbaik untuk menaik taraf dan mengekalkan lebuhraya ini serta berharap agar pengguna lebuhraya menggunakan segala manfaat ini untuk memastikan perjalanan mereka lebih cepat dan tiba di destinasi dengan selamat.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *