Isuzu kekal sebagai penaja utama Borneo Safari

By  |  0 Comments

Borneo 1

Bagi memberikan sokongan terhadap penganjuran Borneo Safari yang sudah memasuki edisi jubli perak, tahun ini, sekali lagi Isuzu Malaysia telah mengesahkan untuk menjadi penaja Berlian (Diamon Sponsor).

Pengesahan itu diumumkan selepas berlangsungnya mesyuarat di antara Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimura dan Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan perjanjian ini, Isuzu Malaysia akan terus menyokong acara off-road paling mencabar di Asia itu untuk sembilan tahun berturut-turut. Isuzu Malaysia mula terlibat dalam acara itu sebagai rakan media pada tahun 2006.

“Hubungan rapat kami dengan Borneo Safari sudah berlangsung hampir sedekad apabila Isuzu Malaysia mula bertapak di negara ini. Malah menerusi acara Borneo Safari, reputasi Isuzu sebagai salah sebuah kenderaan 4×4 paling lasak di pasaran telah berkembang dengan signifikan,” kata Machimura.

Pada tahun ini, Borneo Safari akan diadakan pada 25 Oktober hingga 1 November 2015. Ia dijangka menarik minat jumlah penyertaan yang sangat memberangsangkan dengan konvoi dijangka mencecah lebih daripada 200 buah kenderaan.

D-MAX Monster

Acara pada tahun ini direka agar lebih kompak dari segi jaraknya, namun cabaran tetap sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Ia juga akan tertumpu kepada kawasan tinggi Keningau dan Tenom, di mana laluannya dijangka sangat sukar dan mencabar.

Dengan peningkatan minat media terhadap acara ini, Isuzu Malaysia akan menyediakan tiga buah unit Isuzu D-MAX yang sangat berkemampuan kepada penganjur untuk membawa media-media tempatan sepanjang acara tersebut.

Ketiga-tiga unit Isuzu D-MAX akan menerima modifikasi yang minimum bagi membolehkannya disesuaikan dengan pemanduan off-road yang cukup mencabar. Antara penambahbaikan itu adalah pemasangan tayar untuk laluan berlumpur, pelindung enjin dan badan kenderaan serta winch elektrik.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *