Citroen DS 4 facelift bakal muncul di Frankfurt Motor Show 2015

By  |  0 Comments

DS4_11

DS Automobiles telah pun mendedahkan model facelift bagi DS 4 yang turut menghasilkan varian Crossback yang lebih versatil.

Kedua-dua varian berkongsi rekaan luaran yang sama, antaranya gril hadapan DS Wings yang disambungkan dengan lampu utama DS LED Vision.

Bagi varian hatchback, ia turut didatangkan dengan dua tona warna bagi kerangka luaran. Dengan tiga pilihan iaitu Platinum Grey, Artense Grey dan Tourmaline Orange merupakan warna baharu menyertai enam lagi warna sedia ada.

Sementara bahagian bumbung, spoiler belakang, dan perumah cermin kini didatangkan dengan warna pilihan sama ada Perla Nera Black, Whisper Purple, Virtual Blue atau Tourmaline Orange.

DS4_9

DS turut mengatakan bahawa keistimewaan yang ditampilkan bagi varian Crossback bagi mensasarkan pemilik yang mencari sebuah jentera yang “urban dan cabaran urban-yang-lebih-ekstra”.

Perbezaan antara varian crossback dengan hatchback ialah bahagian belakangnya yang turut didatangkan dengan lapisan plastik hitam pada gerbang roda yang digabungkan dengan warna hitam pada spoiler belakang dan perumah cermin, sementara palang bumbung pula berwarna kelabu.

Walau bagaimana pun, kedua-dua varian ditawarkan dengan enjin yang lebih luas, termasuklah PureTech 130 S&S (130PS/230Nm) dengan transmisi manual enam-kelajuan. Serta THP 165 S&S (165PS/240Nm) bersama transmisi automatik enam-kelajuan.

Satu lagi pilihan enjin bagi hatchback ialah THP 210 S&S dengan kuasa 210 PS dan tork 285 Nm.

Bagi varian enjin diesel, ia menawarkan BlueHDi 120 S&S dengan manual enam-kelajuan/auto enam-kelajuan bersrta kuasa 120 PS dan tork 300 Nm.

Bagi yang inginkan transmisi manual, enjin BlueHDi 150 S&S (150PS/370Nm) dan BlueHDi 180 S&S (180PS/400Nm) boleh dijadikan pilihan.

DS4_2

Bagi aspek keselamatan dan bantuan pemanduan, DS 4 Crossback dan hatchback didatangkan dengan sistem Kawalan Cengkaman Pintar, kemasukan tanpa kunci, kamera undur, pemantauan titik buta dan CarPlay.

Antara tarikan lain yang ada termasuklah paparan skrin sesentuh tujuh-inci baharu yang telah menyingkirkan 12 butang fizikal pada konsol tengah dan ia turut didatangkan dengan teknologi Mirror Screen.

Model DS 4 facelift ini akan dipertontonkan di Frankfurt Motor Show 2015 tidak lama lagi dan dijadualkan mula dipasarkan di Eropah pada musim luruh ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *