Op Warta akan diaktifkan semula mulai Khamis ini

By  |  0 Comments

PDRM-4

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar petang tadi berkenaan Operasi Waran Tangkap atau Op Warta akan diaktifkan semula mulai Khamis 27 Ogos ini.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, hingga kini Op Warta yang dilancarkan pada Mei lalu, sejumlah 240,000 dari 1.59 juta waran tangkap yang dikeluarkan kepada pesalah trafik telah disempurnakan.

Sehubungan itu, cawangan trafik akan menjalankan pengesanan dan penangkapan ke atas pesalah trafik yang masih belum melunaskan saman dan waran tangkap yang berbaki 1.35 juta.

“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya menyemak status saman mereka di balai-balai polis trafik dan bertindak membayar serta menyelesaikan saman-saman itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fuad mengingatkan pesalah trafik yang mempunyai banyak saman atau waran tangkap agar tidak mendiamkan diri tetapi tampil berjumpa pihaknya atau ketua-ketua trafik negeri bagi melihat kedudukan saman-saman itu.

Beliau menyeru orang ramai agar mengambil peluang dalam masa beberapa hari ini, bagi menyelesaikan saman trafik mereka, sebelum pihaknya menjalankan sekatan jalan raya dan pergi ke premis-premis bagi tujuan mengesan serta menangkap pesalah trafik.

Sumber foto : Facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *