Volkswagen Polo sambut ulang tahun ke-40 – Bakal melancarkan varian Polo Club Sept ini

By  |  0 Comments

40 years Polo x VPYP 2

Volkswagen Polo merupakan hasil kejuruteraan Jerman pada tahap terbaik yang dipakejkan dalam saiz kecil serta menyeronokkan. Tahun ini menyaksikan ulang tahunnya yang ke-40.

Berada dalam generasi kelima, Polo ialah salah sebuah kereta penumpang terlaris keluaran Volkswagen di seluruh dunia. Pada tahun 2014, Malaysia memperkenalkan model Polo hatchback CKD, sekali gus membuatkannya lebih mudah diakses dan mampu milik.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Sehingga hari ini, status Polo tidak dapat ditandingi. Prestasinya yang lincah dan tegap menjadikannya cukup sesuai untuk dipandu di atas jalan Kuala Lumpur yang sesak dan di lebuh raya.”

Ms Martina Berg, Mr Armin Keller,  and Mr Robert McAllister

Bagi meraikan pencapaian bersejarah ini, Volkswagen Group Malaysia telah bekerjasama dengan jurufoto fesyen dan gaya hidup terkenal, Vincent Paul Yong daripada Vincent Paul Yong Photography (VPYP) untuk menghasilkan satu siri foto yang benar-benar menyerlahkan personaliti serta tenaga kereta ikonik ini.

Imej-imej ini akan dipamerkan pada pameran VPYP bertajuk WYSIWYG- What You See Is What You Get mulai 21 hingga 30 Ogos 2015 bertempat di Art Printing Works (APW), Bangsar. Para pengunjung boleh melihat hasil rakaman foto-foto Vincent yang luar biasa selama bertahun-tahun. Selain imej-imej tersebut, sebuah Polo yang dibalut dengan warna krom juga pasti menarik perhatian.

Perkembangan terbaharu mengenai Polo, varian Polo Club bakal dilancarkan pada September bersama unit multimedia, navigasi dan filem tinted pada cerminnya. Polo Club akan ditawarkan pada harga RM88,888 manakala Polo Sedan Club pula berharga RM89,888 seunit.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *