BMW jalin kerjasama dengan GreenTech bagi menyediakan perkhidmatan ChargEV

By  |  0 Comments

BMW 01

BMW Group Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) bagi menawarkan kemudahan dan fasiliti mengecas kepada para pemilik jentera BMW i8. Ia diumumkan semasa berlangsungnya pelancaran ChargEV iaitu stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang diusahakan oleh GreenTech Malaysia.

Berucap dalam majlis pelancaran, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, berkata, “Kunci strategi utama ialah untuk ke arah mobiliti mampan dalam persekitaran bandar melalui kerjasama industri. Ini termasuklah memastikan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong teknologi baharu bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap daya maju kenderaan elektrik dan plug-in hybrid.”

Dengan pemasangan ChargEV ini, BMW Group Malaysia percaya bahawa kesedaran dan pendidikan pengguna dapat dipertingkatkan bagi inisiatif elektromobiliti di negara ini. Berikutan pelaksanaan kemudahan pengisian, pengetahuan teknologi untuk sokongan selepas jualan dan penglibatan pengeluar peralatan asli juga memainkan peranan yang penting dalam rantaian nilai.

The BMW i8 at the ChargEV roadshow (1)

Pemasangan stesen ChargEV ini disasarkan sebanyak 300 unit menjelang tahun 2016 di kawasan strategi termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Pulau Pinang, Langkawi, Johor dan Melaka. Ia mensasarkan kawasan tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah, hotel, bangunan pejabat, kawasan kediaman serta sepanjang Lebuhraya PLUS.

Stesen ChargEV pertama telah pun beroperasi di Hotel Mandarik Oriental Kuala Lumpur dan pusat membeli-belah The Curve. Menjelang tahun 2020, GreenTech Malaysia mensasarkan untuk memasang 25,000 stesen ChargeEV bagi menyokong sasaran Malaysia untuk penggunaan 100,000 EV dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *