Nissan NP300 spesifikasi UK bakal tampil di Frankfurt

By  |  0 Comments

Navara_NP300_UK_Spec

Nissan telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan Navara NP300 spesifikasi UK di Frankfurt Motor Show yang bakal berlangsung bulan hadapan.

Direka dengan “peningkatan tahap yang ketara”, trak pikap ini telah direka semula bagi menepati cita rasa antarabangsa selepas ia diperkenalkan beberapa tahun yang lalu.

Walau bagaimana pun, Nissan menafikan ia menghasilkan ia sebagai model yang khusus tetapi mengesahkan bahawa model spesifikasi UK ini bakal memiliki rekaan yang lebih menarik serta ditampilkan dengan pelbagai teknologi inovatif dan penjimatan bahan api umpama kereta.

Malah syarikat ini juga berkata, ia direka bagi menjadi lebih “mantap dan praktikal” serta menawarkan pelbagai elemen baharu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *