Petronas Euro 4M RON 97 kini dijual di Semenanjung Malaysia- Harga kekal RM2.45/liter

By  |  0 Comments

Petronas

Berita baik untuk pengguna bahan api RON 97! Petronas telah pun mula menjual Euro 4M RON 97 di semua stesen Petronas di Semenanjung Malaysia.

Menurut sumber dari Petronas, bahan api yang lebih berkualiti ini adalah bagi menggantikan Euro 2M Primax 97 dan dijual dengan harga yang sama iaitu RM2.45 setiap liter (termasuk GST).

April lalu, Petronas pernah mengumumkan untuk mula menjual bahan api berformulasi Euro 4M RON 97 pada September ini. Namun ia telah pun mula dijual sebelum tarikh yang dijadualkan. Malah sumber terbabit turut mengesahkan, bahan api yang dipertingkatkan ini juga bakal dibawa masuk ke pasaran Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.

Euro 4 memiliki maksimum 50 ppm kandungan sulfur berbanding Euro 2 yang mengandungi 500 ppm. Pengurangan yang signifikan ini memberikan kesan yang lebih positif terhadap emisi kenderaan, serta mempunyai banyak kelebihan lain.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *