BMW bakal perkenalkan model di antara i3 & i8

By  |  0 Comments
BMW i8

BMW i8

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW, Harald Krueger, telah mendedahkan syarikatnya sedang menghasilkan jentera baharu iaitu model di atas i3 tetapi di bawah i8.

Berita ini dikhabarkan sendiri kepada media Frankfurter Allgemeine Sonntagszeitung, namun tidak mendedahkan perincian lebih spesifik mengenainya. Walau bagaimana pun, model misteri ini dikatakan bakal diproduksi di Leipzig pada tahun 2019.

Pasukan jurutera BMW mensasarkan untuk menghasilkan jentera ini dengan berat di bawah 1,564 kg dan bakal mengimplementasikan pacuan tork-penvektoran bagi semua roda. Malah pengurangan beratnya juga akan melibatkan penggunaan gentian karbon.

BMW juga mahu memastikan model misteri ini sebagai jentera yang “memiliki ruang yang lebih luas untuk empat orang penumpang termasuk barangan yang dibawa”.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *