Nissan Versa Note SR lebih sporty

By  |  0 Comments

001-2015-nissan-versa-note-sr-1

Nissan turut tidak ketinggalan mempamerkan model hatchback Nissan Versa Note versi 2015 dalam Chicago Auto Show 2014 yang sedang berlangsung hujung minggu ini.

Lebih dikenali sebagai Versa Note SR, ia diberikan suntikan kosmetik yang lebih sporty bagi bahagian luaran dan dalamannya. Model ini akan menyertai keluarga Versa Note yang sudah tersedia dalam pasaran iaitu Versa Note S MT, S Plus CVT dan SV CVT.

009-2015-nissan-versa-note-sr-1

Pada bahagian depan, kombinasi gril, lampu utama dengan kekemasan gelap dan lampu kabus standard memberikan karakter yang lebih agresif dan sporty pada model ini.

Spoiler pada bahagian sisi yang dicat sama dengan warna kerangka dan cermin sisi yang direka semula turut menyerlahkan lagi Versa Note SR ini. Penampilannya bertambah dinamik apabila turut dipadankan dengan spoiler pada bahagian belakang yang nampak unik, logo SR dan rim aloi sport bersaiz 16 inci yang membaluti tayar 195/55R 16.

004-2015-nissan-versa-note-sr-1

Pada bahagian kabinnya pula turut diberikan suntikan gaya baru yang diinspirasikan berdasarkan model Nissan 370Z yang tampak eksklusif. Padanan roda stereng balutan kulit, tempat duduk balutan suede dengan jahitan garisan berwarna jingga, panel instrumen pada bahagian tengah berwarna perak, tombol gear kekemasan krom dan panel meter kluster Fine Vision.

015-2015-nissan-versa-note-sr-1

Diproduksi berdasarkan generasi kedua Versa Note, model hatchback ini dijanakan oleh enjin 1.6 liter DOHC empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 109hp pada 6,000rpm dan puncak tork 107 lb-ft pada 4,400 rpm. Turut menampilkan Twin CVTC (Continuously Variable Timing Control) yang dipadankan dengan transmisi standard Nissan Xtronic.

Versa Note SR ini turut menerima padanan sistem suspensi independent strut bersama bar penstabil bagi bahagian hadapan dan torsion beam di belakang.

Selain daripada itu, sistem ABS, EBD dan Bantuan Brek turut melengkapkan lagi aspek keselamatan Versa Note SR ini.

Versa Note SR 2015 ini bakal menerjah pasaran global dan ditawarkan dengan lapan pilihan warna iaitu Metallic Blue, Red Brick, Brilliant Silver, Magnetic Grey, Super Black, Aspen White, Metallic Peacock dan MorningSky Blue.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *