Mazda bakal tayang model konsep Koeru crossover di Frankfurt bulan hadapan

By  |  0 Comments

Mazda_Koeru

Mazda telah mengesahkan kehadiran model konsep mereka yang terbaharu iaitu Koeru crossover yang bakal ditampilkan di Frankfurt Motor Show bulan hadapan.

“Koeru” adalah perkataan Jepun yang membawa maksud “melebihi” atau “melampaui” dan model konsep ini mungkin memberikan gambaran pada model produksi CX-4.

Menerusi gambar yang tersebar ini, Koeru membawakan evolusi terkini dari rekaan Kodo ciptaan Mazda, terutamanya pada garisan bumbung yang lebih rendah dan imej hadapan yang lebih agresif. Cermin sisinya juga kelihatan lebih nipis dan bahagian belakangnya dihiasi dengan spoiler.

Dengan rekaan sedemikian, adakah ini memberikan gambaran awal bahawa Mazda mahu menyaingi BMW X4 dan Mercedes-Benz GLC Coupe? Kena nantikan penampilan Koeru bulan hadapan dan untuk mengetahui adakah model konsep ini akan diproduksikan sebagai CX-4.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *