GoAuto lancar Pusat 4S GWM pertama di Malaysia

By  |  0 Comments

GWM_1

Go Automobile Manufacturing (GoAuto) telah melancarkan Pusat 4S GWM (Great Wall Motors) yang pertama di Malaysia dan memilih Glenmarie, Shah Alam, sebagai lokasinya.

Dengan kawasan seluas 43,560 kaki persegi, Pusat 4S GWM ini mampu menjadi pusat sehenti bagi model-model di bawah naungan GoAuto termasuk Great Wall M4, Haval H5 SUV dan Wingle.

Dengan kos pelaburan bernilai RM2.5 juta, Pusat 4S GWM mempunyai 15 petak penyelenggaran yang mampu menyelenggara sebanyak 420 kenderaan sebulan.

“Dengan prestasi jualan yang memberangsangkan dan dianggarkan sebanyak 6,000 unit M4 akan dijual pada tahun ini, kami berikrar untuk memberikan kualiti yang terbaik terhadap kenderaan ini serta memperkukuhkan kedudukan di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara,” ujar Pengarah Eksekutif GoAuto, Datuk SM Azli Nasimuddin Kamal.

Sambungnya lagi, GoAuto akan membuka lagi 65 pusat 4S di seluruh negara bagi memperkukuhkan lagi rangkaian serta membuktikan komitmen syarikat ini terutamanya dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta meningkatkan lagi perkhidmatan selepas jualan.

GWM_5

Dalam majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, GoAuto turut mensasarkan peningkatan kapasiti pengeluaran di kilang pemasangan di Gurun, Kedah iaitu sebanyak 70,000 unit setahun menjelang tahun hadapan.

Malah syarikat ini akan mengeksport kenderaan GMW ke Indonesia dan negara jiran yang lain pada masa hadapan. Sehingga kini, GoAuto telah mengeksport sejumlah 460 unit kenderaan.

Pada masa yang sama, GoAuto turut mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan model baharu pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya suku pertama 2016. Buat setakat ini, model tersebut masih belum didedahkan lagi, namun yang pasti ia merupakan kenderaan SUV.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *