Audi A4 Sedan 2016 versi S line lebih mantap & elegan

By  |  0 Comments

Audi_A4_Sedan_S_line

Audi A4 Sedan 2016 telah diperkenalkan menerusi tayangan klip video oleh Audi UK yang menunjukkan versi S line.

Dipadankan dengan enjin 2.0 TSFI, ia mungkin mampu menghasilkan dua kuasa iaitu 190 PS/320 Nm dan 252 PS/370 Nm. Ia turut digabungkan dengan pacuan semua-roda Quattro yang menghantar kuasa menerusi transmisi S Tronic klac-berkembar tujuh-kelajuan.

Model ini turut dipadankan dengan lampu utama LED dan elemen tambahan di dalam kabin termasuklah sistem bunyi Bang & Olufsen dan kluster instrumen bersaiz 12.3-inci.

Ia turut dilengkapi dengan tempat balutan kulin yang lebih selesa dengan sokongan lumbar serta roda stereng sport dan kekemasan kelabu pada papan pemuka bagi menampakkan cita rasa yang lebih premium.

Ia bakal dipertontonkan di Frankfurt Motor Show pada pertengahan September ini dan dijadualkan memulakan jualannya di Eropah pada musim luruh tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *