Kadar denda pesalah trafik berkuatkuasa Ogos yang menjadi viral adalah palsu – JPJ

By  |  0 Comments

Kadar-saman-palsu

Minggu lepas kecoh di aplikasi media sosial WhatsApp dan Facebook mengenai penguatkuasaan dan kadar denda baharu ke atas pesalah trafik bermula 1 Ogos yang disebar. Di mana kadar baharu yang didakwa adalah seperti foto di atas.

Namun, jangan lekas percaya dengan sebarang berita yang disebarkan menerusi media sosial! Ia adalah BERITA PALSU!

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ariffin Che Mat berkata tiada sebarang penguatkuasaan baharu kadar demerit atau denda, dan beliau menganggap perkara itu sama seperti viral palsu lelongan awam jualan kereta yang berlaku di JPJ Perak baru-baru ini, memetik laporan Bernama.

“Tidak sah dan tidak betul. Sebenarnya banyak lagi isu JPJ yang tidak sah sudah disebar tambahan pula JPJ giat membuat operasi pada musim perayaan baru-baru ini. Penyebar itu sendiri tidak tahu sama ada sumber itu sahih ataupun tidak,” ujar Ariffin.

Ariffin berkata kadar demerit dan denda baharu memang dalam perancangan cuma belum dilaksana dan bergantung kepada kerajaan untuk menguatkuasakannya.

Sambungnya lagi, “Tidak ada dalam undang-undang menyatakan penumpang yang duduk di sebelah pemandu jika di bawah umur 14 tahun adalah satu kesalahan, cuma yang menjadi kesalahan jika tidak memakai tali pinggang keledar”.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *