MAA umum prestasi separuh pertama TIV 2015 – Turun 3.5%

By  |  0 Comments

MAA_2

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan prestasi jumlah jualan industri (TIV) kenderaan untuk separuh pertama 2015 iaitu dari Januari sehingga Jun. Ia menyaksikan penurunan jualan kenderaan sebanyak 3.5 peratus.

Dengan jumlah jualan 286,533 unit untuk separuh pertama 2015, di mana jualan bagi kenderaan berpenumpang merosot sebanyak 3.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu 296,790 unit. Ini menunjukkan perbezaan sebanyak 10, 257 unit.

Bagi pasaran kenderaan komersil, jumlah turut menurun sebanyak 2.0% iaitu dari 36,366 menjadi 35,651 unit sahaja.

Secara keseluruhannya, TIV untuk separuh pertama tahun ini ialah 322,184 unit, iaitu menurun sebanyak 3.3% dari 333,156 unit yang direkodkan dari Januari hingga Jun 2014.

HRV_01

Jika mengikut pecahan bagi setiap segmen kenderaan iaitu kenderaan berpenumpang, windom vans dan MPV yang direkodkan tahun ke tahun, ternyata telah menurun. Namun ini tidak melibatkan segmen 4WD/SUV yang direkodkan meningkat sebanyak 58.7%.

Kesimpulan yang diumumkan oleh MAA mengenai penurunan TIV ini ialah “sikap tunggu dan lihat” oleh pengguna berhubung dengan implementasi GST yang berkuatkuasa pada April lalu. Manakala juamlah yang tinggi dicatatkan pada Mac pula disebabkan sikap pengguna yang mahu membeli kenderaan kerana bimbang harganya akan meningkat selepas GST.

Melihat akan senario ini, MAA turut menyemak semula TIV bagi 2015. Di mana pada Januari 2015, MAA telah mengumumkan sasaran TIV bagi kenderaan penumpang ialah 600,700 unit (berbanding 588,341 pada 2014) dan kini diubah menjadi 591,800 unit. Bagi kenderaan komersil pula, angka baharu telah disasarkan iaitu 78,200 unit berbanding 79,300 unit yang disasarkan pada Januari lalu setelah tahun 2014 mencatatkan jualan sebanyak 78,124 unit.

Ini menunjukkan keseluruhan sasaran TIV bagi tahun 2015 ialah 670,000 unit bagi angka baharu, berbanding 680,000 unit sebelumnya. Pada tahun 2014 lalu, jualan yang direkodkan ialah 666,465 unit.

Walau bagaimana pun, MAA mensasarkan pasaran automotif bakal meningkat pada separuh kedua 2015 ini, di mana para pengguna sudah membiasakan diri dengan GST dan kuasa membeli kembali normal.

Malah separuh kedua 2015 ini juga dijangka akan menyaksikan lebih banyak model baharu dan facelift bakal dilancarkan, di samping promosi agresif yang berterusan oleh pengeluar kenderaan sebagai langkah untuk meningkatkan jualan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *