UMW Toyota Motor anjur rumah terbuka Raya dengan tawaran istimewa hujung minggu ini

By  |  0 Comments

Toyota Vios 2013

UMW Toyota Motor telah mengumumkan penganjuran rumah terbuka di semua bilik pamerannya pada 25 hingga 26 Julai ini dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Pelbagai aktiviti dan tawaran istimewa bakal menanti kunjungan anda, antaranya rebat tunai bagi yang membeli model Vios 1.5 TRD Sportivo atau 1.5G dan bakal mendapat sistem infotaimen dengan skrin sesentuh bersaiz yujuh-inci berserta navigasi GPS dan kamera undur secara percuma.

Manakala bagi yang memilih Vios 1.5E atau 1.5J pula, bakal menerima Toyota Premium Security & Solar Film berserta dengan rebat tunai.

Selain itu, pembelian model Hilux juga ditawarkan dengan rebat tunai di samping pakej aksesori tambahan termasuk sistem infotaimen dengan skrin sesentuh bersaiz yujuh-inci berserta navigasi GPS dan kamera undur secara percuma, palang sport keluli tahan karat, dan banyak lagi tanpa kos tambahan.

Toyota turut menawarkan pelbagai tawaran bagi lain-lain model kenderaannya. Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota yang berhampiran pada hujung minggu ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *