Nasim buka hab badan & cat di Puchong

By  |  0 Comments

1

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, telah membuka hab badan dan cat di Puchong bagi mengembangkan lagi rangkaiannya.

Hab ini adalah cawangan yang kelima yang dilancarkan oleh Nasim pada tahun ini dan juga cawangan ke-19 di Lembah Klang.

Cawangan ini disasarkan untuk para pelanggan yang menetap di kawasan sekitarnya termasuklah Aman Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Putra Heights, Bandar Bukit Puchong, Bandar Puchong Jaya, IOI Mall, Puchong Perdana, Puchong, Bandar Puteri, Saujana Puchong, Taman Kinrara dan Taman Puchong Utama.

Dengan pelaburan bernilai RM2 juta, Hab Badan dan Cat Peugeot Puchong ini berkeluasan 20,000 kaki persegi, memiliki 16 petak penyelenggaraan. Hab ini menyediakan perkhidmatan membaiki dan mengecat badan model Peugeot dan mampu mengendalikan 80 unit kenderaan sehari.

Nasim dijadual melancarkan sebuah lagi hab Peugeot di Sabah dan Sarawak menjelang akhir tahun.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *