Mazda BT-50 facelift hanya menerima suntikan minimal sahaja

By  |  0 Comments

Mazda_BT_50

Mazda telah mengumumkan model facelift bagi trak pikap BT-50 bersedia diperkenalkan di peringkat global.

Walau pun tiada banyak perubahan yang dilakukan, hanya sekadar minimal sahaja, namun ada sedikit kelainan yang ditampilkan. Terutamanya pada rekaan grafik yang lebih gelap pada lampu utama dan gril hadapan yang telah diperkemaskinikan.

Buat setakat ini, Mazda hanya bersedia menyebarkan foto hadapan yang turut menampakkan bahagian sisi model facelift ini sahaja. Namun difahamkan, bahagian belakangnya juga ada perubahan kecil termasuk menampilkan kekemasan berwarna merah ceri gelap.

Manakala bagi bahagian kabinnya pula, Mazda mahu menghadiahkan “rasa yang lebih berkualiti”, justeru penambahan elemen termasuk kamera pandang belakang turut ditampilkan.

Bagi penjana kuasanya, dijangkakan ia bakal dipadankan dengan enjin 2.2 liter turbodiesel empat-silinder dengan kuasa 160 PS dan tork 385 Nm. Ia mungkin menyertai pilihan enjin 3.2 liter dengan kuasa 200 PS dan tork 470 Nm.

Digambarkan sebagai “kenderaan gaya hidup aktif”, Mazda BT-50 facelift ini telah pun mula diproduksi di Thailand dan Australia juga merupakan dua negara pertama yang bakal memasarkan trak pikap ini sebelum ia diperluaskan ke pasaran lain.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq