Patuhi aspek keselamatan di stesen minyak

By  |  0 Comments

RON95

Pengguna diingatkan supaya sentiasa mematuhi aspek keselamatan di stesen minyak bagi mengelak kejadian tidak diingini, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong.

Beliau turut berkata, sekiranya pengguna cuai dan tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan, kejadian seperti letupan dan kebakaran boleh berlaku, menurut laporan Bernama.

“Letupan dan kebakaran di stesen minyak boleh berlaku disebabkan tiga perkara utama iaitu udara, wap daripada petrol dan punca percikan api. Apa yang pengguna boleh lakukan adalah mengawal perkara ketiga iaitu punca percikan api yang terhasil daripada telefon bimbit, enjin kenderaan serta rokok,” katanya.

Tee berkata berdasarkan statistik yang dikeluarkan Sistem Pengurusan Insiden, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, tiada kes kebakaran melibatkan petrol berlaku di stesen minyak negeri ini setakat tahun ini, berbanding dua kes, tahun lepas.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *