Selenggara kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman

By  |  1 Comment

20130811_131225_Richtone(HDR)

Tinggal empat hari lagi 1 Syawal bakal menjelma, pastinya anda semakin sibuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri kali ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, pastinya tidak lengkap Aidilfitri andai tidak pulang ke kampung halaman untuk meraikannya bersama keluarga tercinta.

Namun, sebelum anda memulakan pemanduan menuju ke kampung halaman mahu pun ke mana-mana destinasi, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dipandu.

Adakah anda ingat bilakah kali terakhir kenderaan anda diselenggara? Bilakah kali terakhir anda memeriksa keadaan tayar kenderaan anda, adakah ia masih selamat untuk digunakan atau sebaliknya?

Photo 6 - Upgraded Facilities for Customers

Ini ada beberapa tips untuk anda berkenaan dengan penyelenggaraan kenderaan :

1. Jadikan amalan atau rutin untuk sentiasa memeriksa tahap bendalir dan minyak, tekanan udara tayar dan keadaan bateri.
2.Pastikan bahawa pengilap cermin kereta anda berfungsi dan periksa keadaan bilah pengilap, jika ia sudah lusuh, koyak atau pun getahnya sudah keras, gantikan dengan yang baharu. Isikan takungan air pencuci ke tahap maksimum juga. Ia akan membantu penglihatan yang baik dan jelas semasa memandu dalam keadaan hujan dan sebagainya.
3. Aras bendalir dalam takungan brek dan klac harusnya diisikan sehingga tahap yang disarankan. Bersihkan penutup sebelum anda menanggalkannya untuk pengisian dan hanya guna jenis bendalir yang betul.
4.Tahap sistem penyejukan juga perlu diperiksa dan ditambah hanya apabila enjin sejuk untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Cuba periksa di sekitar radiator dan hos untuk mengesan sebarang kebocoran dan baikinya secepat mungkin.
5. Tahap minyak enjin seharusnya diperiksa dengan mengeluarkan dipstick, bersihkannya terlebih dahulu dengan kain yang bersih, meletakkannya balik dan mengeluarkannya semula untuk memerhati tahap minyak yang sepatutnya berada di tahap maksimum. Tambah dengan minyak enjin yang sesuai jika ia berada pada tahap minimum.
6. Dengan bateri moden terkini, menambah air bateri adalah satu perkara yang tidak perlu dilakukan lagi kerana kebanyakkannya bebas penyelenggaraan dan memerlukan pemeriksaan yang sangat minimum. Sebagai contoh, bateri dari jenis MFX bukan sahaja mempunyai jaminan selama dua tahun tetapi juga mempunyai petunjuk keadaan bateri pada penutupnya yang memudahkan anda untuk memeriksa keadaan bateri.
7. Periksalah jika terdapat sebarang keretakan atau kebocoran pada sarung bateri dan jika ada, minta pengedar bateri atau mekanik anda untuk memeriksa keadaannya.
8. Tayar seharusnya diisi angin mengikut tekanan yang betul dan dinding sisinya diperiksa dengan teliti untuk mengenalpasti jika ada retakan, koyak, menggelembung atau pun pancit. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya 2 hingga 3 mm bunga tayar untuk pemanduan yang selamat.
9. Jangan lupa untuk memeriksa tayar ganti dalam but kereta dan pastikan bahawa anda mempunyai bicu kereta, kit keselamatan dan alat penyelenggaraan biasa untuk kecemasan.
10.Lakukan pengimbangan dan penjajaran (balancing & alignment) tayar dan rim kereta anda dengan kerap untuk perjalanan yang lancar dan selamat.
11.Sistem brek juga harus diperiksa untuk memastikan ia selamat digunakan dan masih berfungsi dengan baik. Jika cakera brek atau pad brek tidak berfungsi dengan baik, segera gantikan komponen tersebut dengan yang baharu.
12. Setelah semuanya selesai, periksa pula semua lampu isyarat, lampu utama dan lampu belakang berada dalam keadaan yang baik dan semua tetingkap kaca adalah bersih dan bebas daripada sebarang halangan.

Artikel ini dibawakan khas oleh bateri automobil Hitachi MFX. Bateri Hitachi MFX boleh didapati di lebih daripada 5,000 pengedar di seluruh negara dan di Sabah dan Sarawak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *