Mitsubishi Pajero Sport 2016 bakal diperkenalkan 1 Ogos ini

By  |  0 Comments

Mit_Pajero_Sport_2016

Mitsubishi semakin berteka-teki dengan kelahiran model baharu Pajero Sport 2015 atau Challenger yang sedang hangat diperkatakan. Terbaru, Mitsubishi mengesahkan bakal memperkenalkan model tersebut pada 1 Ogos ini.

Digambarkan sebagai ‘model serba baharu’, Pajero Sport 2016 ini menerima bahagian hadapan Dynamid Shield ciptaan Mitsubishi sendiri. Ia nampak lebih mantap berbanding model sedia ada, malah bentuknya juga lebih bulat, moden dan bergaya.

Buat setakat ini, spesifikasinya tidak didedahkan, namun ada ura-ura yang mengatakan Pajero Sport 2016 ini mungkin menggunakan penjana kuasa yang sama dengan L200 dan Triton baharu iaitu 2.5 liter turbodiesel dengan kuasa 128 hp dan tork 400 Nm. Serta mungkin juga dengan 2.4 liter dengan kuasa 128 PS dan tork 194 Nm atau 2.4 liter turbodiesel (154 hp/380 Nm).

Pajero Sport 2016 ini bakal dipertontonkan di Bangkok International Grand Motor Sale 2015 pada 1 Ogos ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *