Penggunaan kerusi khas kanak-kanak diwajibkan mulai 2017 – MKJR

By  |  0 Comments

Child car seats paultan.org 011

Mulai tahun 2017, penggunaan kerusi khas kanak-kanak di dalam kenderaan akan diwajibkan, menurut Bendahari Kehormat Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Ahmed Ismail Amin.

Katanya lagi, penguatkuasaan peraturan itu adalah untuk menjamin keselamatan kanak-kanak ketika berada di dalam kenderaan, laporan Bernama.

“Kita sudah mewajibkan pemakaian topi keledar dan tali pinggang keledar bagi penumpang di bahagian hadapan dan belakang kereta tetapi tidak kepada kanak-kanak. Dengan adanya kerusi itu, keselamatan kanak-kanak akan terjamin,” ujarnya.

Ahmed Ismail turut menasihatkan pengguna supaya membeli kerusi kanak-kanak yang mengikut piawaian ditetapkan iaitu jenis ECE R44 dan ECE R129.

“Kebanyakan kerusi kanak-kanak yang dijual di pasar raya tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dan membahayakan pengguna. Gunalah kerusi yang berkualiti untuk anak-anak walaupun kosnya mahal sedikit,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *