Pekerja maut akibat kecederaan parah angkara robot pemasangan di kilang VW Jerman

By  |  0 Comments
Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Seorang pekerja berusia 21 tahun maut selepas mengalami kecederaan parah akibat terkena robot pemasangan kenderaan sewaktu sedang bekerja di kilang Volkswagen di Kassel, Jerman.

Berdasarkan laporan media The Financial Times, lelaki terbabit berada di bahagian kurungan keselamatan yang dikelilingi mesin apabila kejadian itu berlaku. Di mana robot terbabit terkena pada bahagian dadanya dan telah menekannya pada plat logam.

Krew kecemasan segera membawa mangsa ke hospital berdekatan namun dia disahkan telah meninggal dunia. Nama lelaki terbabit tidak didedahkan, namun difahamkan dia merupakan kontraktor pihak ketiga dan bukan pekerja tetap kilang berkenaan.

Media tersebut melaporkan, insiden ini berlaku di kawasan pemasangan yang menggunakan motor elektrik dan ketika itu terdapat seorang lagi pekerja di tempat yang sama. Pihak penyiasat sedang menjalankan siasatan bagaimana insiden ini boleh berlaku.

Kilang Kassel ini merupakan satu antara hub utama bagi produksi transmisi dan mempunyai 15,500 kakitangan. Malah motor dan bateri bagi model e-Up dan e-Golf turut diproduksi di sini. Pada 2008, VW telah memasang model ke-1 juta kotak gear DSG di kilang ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *