Tiada lagi pengumuman harga bahan api pada setiap hujung bulan – Hasan Malek

By  |  0 Comments

Hasan Malek

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Haji Hasan Malek, telah mengeluarkan satu kenyataan, tiada sebarang perubahan pada bahan api bagi bulan Julai ini.

“Kami telah menghentikan amalan yang dilakukan hampir setiap hujung bulan dengan mengumumkan perubahan harga bahan api. Mulai hari ini, semua pengguna kenderaan bolehlah mengetahui sebarang perubahan harga bahan api sama ada naik atau pun kekal, menjelang tengah malam,” ujarnya kepada pihak media sebentar tadi.

Hujung bulan lalu, kementerian ini telah mengumumkan harga baharu bagi bahan api untuk Jun menerusi laman web rasmi mereka. Harga terkini bagi bahan api ialah RM2.05 seliter bagi RON95, RM2.35 seliter untuk RON97, dan diesel pula RM2.05 seliter.

Untuk mengetahui perubahan harga bahan api bagi bulan Julai ini, kami akan membawakan berita selanjutnya pada tengah malam ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *