Audi A4 2016 lebih besar & ringan

By  |  0 Comments

Audi_A4_2016_1

Audi A4 2016 telah pun diperkenalkan dan model generasi ke-5 ini kelihatan lebih solid, telah dikurangkan beratnya dan ditambah kuasa prestasi serta penjimatan bahan apinya. Ia didatangkan dengan dua model iaitu sedan dan Avant.

Bentuknya tiada perubahan, masih kelihatan seperti A4 yang sebelum ini. Namun model baharu ini direka dengan garisan yang lebih tajam seperti mana model baharu Q7 dan R8. Ia menampilkan gril bingkai tunggal yang lebih besar dan lampu utama yang dibentuk semula. Bukan itu sahaja, imejnya turut diserlahkan dengan kehadiran lampu nyalaan siang LED dan garisan bumbung yang lebih landai.

Manakala bahagian belakangnya pula masih ada tempias aura model Audi tradisional dengan lampu belakang LED serta boot lid yang sedikit tinggi.

Seperti yang dinyatakan di perenggan atas, berat A4 baharu ini telah pun dikurangkan lebih 119.7kg berbanding model sebelumnya. Walau bagaimana pun, A4 baharu ini dikatakan paling aerodinamik di dalam kelasnya dengan pekali seretan hanya 0.23 bagi sedan dan 0.26 untuk Avant.

Bukan itu sahaja, bagi model sedan, ia lebih besar dengan ukuran 4.74 m panjang, 1.84 m lebar dan 1.43 m tinggi serta jarak roda 2.82 m.

Rekaan yang penuh segar merajai segenap ruang bahagian kabin dengan kebanyakan elemennya dibayangi model konsep Audi Prologue terutamanya pada roda stereng dan alat kawalan baharu MMI. Di mana MMI baharu ini memiliki fungsi bagi navigasi parkir, keupayaan sentuhan, sambungan LTE dan WiFi serta didatangkan bersama paparan berwarna bersaiz 8.3-inci.

Malah Audi turut memposisikan semula kawalan infotaimen di bahagian konsol tengah, berhadapan dengan pemilihan gear. Tempat duduk belakang turut disediakan dengan sistem hiburan dengan skrin ala tablet bersaiz 10.1 inci dan pemiliknya turut boleh membuat pilihan untuk mendapatkan sistem bunyi Bang & Olufsen.

Malah ruang dalamannya juga agak besar berbanding model sebelumnya. Manakala ruang kargonya mampu mencecah kapasiti 505 liter dan jika bahagian tempat duduk belakang dilipat secara nisbah 40:20:40, ia mampu ditambah menjadi 1,510 liter.

Audi_A4_2016_Avant_17

Berkenaan dengan nadi kuasanya, A4 Sedan dan A4 Avant boleh didapati bagi unit petrol dan diesel sama ada empat- atau enam-silinder, dengan pilihan enjin seperti :

-1.4 TFSI: 150 PS & 250 Nm
-2.0 TFSI: 190 PS & 320 Nm / 252 PS & 370 Nm
-2.0 TDI: 150 PS & 320 Nm / 190 PS & 400 Nm
-3.0 TDI: 218 PS & 400 Nm / 272 PS & 600 Nm

Audi turut menawarkan A4 Avant g-tron dengan enjin 2.0 TSFI yang mampu memberikan kuasa sehingga 170 PS dan 270 Nm yang dikuasakan oleh gas mampatan asli (Compressed Natural Gas). Di mana tangkinya dipasang di bahagian bawah kereta ini mampu menampung 19 kg gas pada tekanan 200-bar dan menurut Audi, penggunaan gas ini sekurang-kurangnya 4kg bagi setiap 100 km dan gas semulajadi pula boleh mencecah sehingga 500 km.

Audi_A4_2016_Sedan_4

Enjin TSFI dan TDI empat-silinder ini akan bekerjasama dengan kotak gear baharu enam-kelajuan yang 16 kg lebih ringan berbanding model terdahulu.

Malah kesemua enjin (kecuali TDI spesifikasi tertinggi) turut didatangkan dengan pilihan kotak gear klac-berkembar S tronic tujuh-kelajuan bagi menggantikan transmisi continuously variable multitronic yang lama. Manakala model 3.0 TDI dengan kuasa 272 PS pula ditawarkan dengan transmisi tiptronic lapan-kelajuan yang telah dipertingkatkan.

Audi mengumumkan model A4 Sedan dan A4 Avant 2016 ini akan mula berada di pasaran global mulai musim luruh ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *