Chevrolet Cruze 2016 lebih dinamik & bergaya

By  |  0 Comments

Chevrolet_Cruze_2016_8

Chevrolet telah pun mempersembahkan model Cruze baharu dalam penampilan perdananya baru-baru ini.

Generasi kedua Cruze ini kelihatan lebih berdinamik berbanding model sebelumnya. Malah ia juga tampil lebih langsing dengan badannya yang direndahkan sedikit lebih kurang 22mm dan keseluruhan panjangnya pula ditambah 68mm. Disebalik pertambahan saiz ini, Cruze 2016 telah mengurangkan berat sebanyak 113 kg dan menambahkan lagi 27% kemantapan kerangkanya.

Di bawah hudnya, ia digandingkan dengan enjin 1.4 liter pengecas turbo empat-silinder baharu yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 153 hp pada 5,600 rpm dan tork 240 Nm di antara 2,000 dan 4,000 rpm.

Ia turut bekerjasama dengan transmisi manual enam-kelajuan, tetapi juga boleh memilih kotak gear automatik enam-kelajuan. Cruze ini mampu dipacu dari 0-96km/j dalam hanya 8 saat sahaja.

Ruang di dalam kabinnya juga sedikit besar,dan ditampilkan dengan elemen termasuk paparan tengah resolusi tinggi bersaiz 4.2 inci pada meter kluster, pek sistem hiburan bersama skrin bersaiz 7-inci atau pilihan 8-inci yang boleh menyokong aplikasi Android Auto dan CarPlay.

Chevrolet_Cruze_2016_3

Cruze 2016 juga akan dilengkapi dengan 10 beg udara, cakera brek untuk semua roda dan kamera undur. Teknologi dan Bantuan Keselamatan turut ditawarkan dengan kos tambahan, bagi Lane Keep Assist, Rear Cross-Traffic Alert, Side Blind Zone Alert dan Forward Collision Alert.

Diproduksi di Lordstown, Ohio, USA, Cruze 2016 ini akan mula dijual diperingkat global di lebih 40 buah negara awal tahun hadapan. Enjin diesel bagi Cruze hatchback juga sedang dalam perancangan dan kemungkinan besar akan diimplementasikan pada tahun 2017.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *