MINI Clubman 2016 paling besar dalam sejarahnya

By  |  0 Comments

MINI_Clubman_2016_1

Semalam, MINI telah pun mempertontonkan model Clubman 2016 di Berlin. Generasi kedua Clubman ini merupakan model terbesar dalam sejarah pembikinannya buat setakat ini.

Clubman 2016 ini didatangkan dengan kerangka empat-pintu bersama dua-pintu belakang menjadikannya enam-pintu. Ruang dalamannya juga lebih besar, manakala ruang kargonya boleh memuatkan storan sehingga 360 liter dan jika tempat duduk belakangnya dilipat secara 40:20:40, ia boleh memberikan lebihan ruang sehingga 1,250 liter.

Rekaannya masih ada imbasan model konsep yang pernah dipertontonkan di Geneva Motor Show 2014 lalu. Bahagian bampar dan gril hadapan serta indikator sisi diolah lebih unik. Malah seksyen hadapannya menampilkan implementasi pertama MINI bagi BMW’s Air Curtain and Air Breather pada gerbang roda hadapan.

Manakala bahagian belakangnya memang mengadaptasi model konsep, dengan kehadiran lampu belakang berbentuk segi empat tepat, peresap yang lebih agresif dan ekzos yang terletak di tengah.

Pada bahagian kabinnya, elemen menyerupai kapsul dengan perumah empat segi tempat bagi corong udara serta konsol tengah yang sedikit tinggi menjadi tarikan utama.

Clubman 2016 ini ditawarkan pada dua varian petrol dan 1 diesel. Bagi unit petrol MINI TwinPower Turbo, ia dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat-silinder yang mampu memberikan kuasa 192 hp pada 5,000rpm dan 280 Nm pada 1,250 rpm (300 Nm jika overboost) untuk MINI Cooper S Clubman.

Manakala untuk MINI Cooper Clubman pula, ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter tiga-silinder bersama kuasa 136 hp pada 4,400 rpm dan tork 22o Nm pada 1,250 rpm (230 Nm jika overboost).

Untuk MINI Cooper D Clubman pula, ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo dengan hamburan 150 hp pada 4,000 rpm dan 330 Nm pada 1, 750 rpm.

Clubman turut dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan dan Steptronic enam-kelajuan untuk Cooper Clubman sebagai pilihan.

Bagi Cooper S CLubman dan Cooper D CLubman pula, ia ditawarkan dengan transmisi piliha Steptronic lapan-kelajuan, pertama yang diaplikasi buat MINI. Namun Cooper S Clubman turut diberikan pilihan dengan transmisi sport Steptronic lapan-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *