eSerahan Tukar Milik secara elektronik tunggu kelulusan Kementerian Kewangan

By  |  0 Comments

carpark

Bagi memudahkan urusan menukar nama hak milik kenderaan, mungkin pada masa hadapan kita tidak perlu lagi hadir ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menguruskan perkara tersebut. Menurut laporan The Star, sistem penukaran hak milik kenderaan secara elektronik, eSerahan Tukar Milik (eSTM) sudah pun bersedia untuk dilaksana, dan hanya menunggu kelulusan dari Kementerian Kewangan.

“Penjual dan pembeli kereta terpakai hanya perlu hadir di lokasi pengedar kereta terpakai untuk melengkapkan prosedur pemindahan hak milik mereka,” ujar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sambungnya lagi, eSTM adalah lanjutan pada sistem penukaran yang digunapakai sekarang iaitu yang dikenali sebagai Tukar Milik Sementara, di mana ia menggunakan elemen biometrik pada MyKad dan pengesahan cap jari penjual mahu pun pembeli.

“Sistem pengesahan biometrik ini bagi membuatkan penukaran hak milik kenderaan menjadi lebih mudah dan selamat. Ia telah dibangunkan sepenuhnya dan kini berana pada peringkat akhir sebelum dilaksanakan,” kata Liow, sambil mengesahkan kelulusan akan diberikan tidak lama lagi.

Apabila eSTM beroperasi, dijangka pada tahun ini juga, sudah pasti dapat memudahkan lagi urusan penukaran hak milik kenderaan dan mengurangkan kesesakan di pejabat-pejabat JPJ.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *