Ferrari 488 GTB dilancarkan di Malaysia – Harga bermula RM1.07 juta

By  |  0 Comments

Ferrari_488GTB_01

Hari ini, NAZA Italia telah melancarkan Ferrari 488 GTB untuk pasaran Malaysia, bagi menggantikan model 458 Italia. Sebelum ini, Ferrari 488 GTB telah dipertontonkan di peringkat antarabangsa buat pertama kalinya beberapa bulan yang lalu di Geneva Motor Show 2015.

Ferrari 488 GTB dilancarkan oleh Datuk Wira Hj. SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi eksekutif kumpulan merangkap CEO Kumpulan Syarikat NAZA World. Hadir sama dalam majlis pelancaran ini ialah Pengarah Urusan Ferrari Far East, Dieter Knechtel, Timbalan Presiden Kanan 2 4-Wheel Division Kumpulan Syarikat NAZA, David Hector Ratnaike dan Timbalan Presiden 1 NAZA Italia Sdn Bhd, Wan Ahmad.

Ferrari_488GTB_04

“Ferrari 488 GTB ini mampu menyalurkan kuasa sehingga 661 hp, iaitu kuasa spesifik tertinggi berbanding mana-mana model Ferrari sedia ada. Malah prestasi terbaik ini turut ditampilkan dengan penjimatan bahan api,” ujar Datuk Wira Hj. SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Dengan enjin turbo-berkembar V8, 488 GTB (atau membawa maksud ‘Gran Turismo Berlinetta’) ini boleh dianggap sebagai penanda aras baharu bagi sektor kereta sport. Malah ia juga telah membuka lembaran baharu dalam sejarah penciptaan jentera Ferrari dengan seni reka yang tersendiri.

Direka oleh Ferrari Style Centre, 488 GTB ini tampil dengan rekaan serba baharu yang lebih sporty dan klasik. Malah setiap perinciannya memiliki elemen rekaan yang tersendiri.

Harga yang ditawarkan bagi 488 GTB ini ialah RM1,068,800.00 (sebelum cukai).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *