Citroen DS3 facelift dipertontonkan di bilik pameran Glenmarie

By  |  0 Comments

Ds3_FL_Ext_02

Februari 2014, Citroen telah memperkenalkan model DS3 baharu untuk pasaran Malaysia. Dan dengar cerita, Citroen Malaysia juga akan melancarkan model facelift DS3 tidak lama lagi dan sedang mempertontonkannya di bilik pameran Glenmarie.

Model DS3 facelift ini diberi suntikan gaya yang minimal termasuk padanan lampu utama xenin dengan LED (seperti mana model Numero 9 dan model konsep Wild Rubis). Jika di negara lain, ia turut menampilkan rim aloi potongan berlian bersaiz 17-inci, tetapi bagi pasaran Malaysia, ia masih mengekalkan rekaan rim yang sama seperti model sebelum ini.

Di dalam kabinnya, material kulit “Mistral Claudia” upholsteri berwarna hitam menjadi pilihan. Manakala bagi papan pemukanya, kekemasan hitam berkilat (piano black) membuatkan imej dalaman DS3 ini lebih macho. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem infotaimen dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci dan juga kamera undur yang baharu.

Bagi model pasaran Malaysia ini juga, Citroen turut menambah elemen keselamatan termasuklah sistem Active City Brake baharu yang boleh beroperasi pada kelajuan sehingga 32 km/j. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan enam beg udara, ASB dengan EBD dan bantuan brek serta kawalan kestabilan, seperti mana model terdahulu.

Bagi sudut mekanikalnya, tiada perubahan. Ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter VTi 120 empat silinder yang mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 120 hp dan tork 160 Nm. Dengan kotak gear automatik empat-kelajuan, ia juga mampu dipacu daripada 0-100km/j dalam hanya 10.9 saat. Manakala kelajuan maksimumnya mampu mencecah 190km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq pkv games pkvgames qiuqiu pkv pkv games pokerqq dominoqq bandarqq bandarqq dominoqq mixparlay pkvgames slotgacor parlay pokerqq
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq