Volkswagen anjur Karnival Hujung Minggu di Setia City Mall 12-14 Jun ini

By  |  0 Comments

Volkswagen Sales Carnival 1

Volkswagen Group Malaysia telah melancarkan promosi istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri dengan ‘0’ bayaran muka dan ‘0’ kadar faedah (kedua-duanya tertakluk dengan terma & syarat) untuk enam barisan model terbaiknya iaitu Polo, Polo Sedan, Jetta, Golf, Passat dan Tiguan.

Sehubungan dengan ini, Volkswagen bakal menganjurkan Karnival Jualan Hujung Minggu Volkswagen pada 12 hingga 14 Jun ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam di The Oval, Setia City Mall.

Pelbagai aktiviti menarik menanti kehadiran para pengunjung dan inilah masanya untuk melihat sendiri keupayaan kejuruteraan Jerman. Di samping memberikan peluang terbaik untuk memilih model yang diminati dan bolehlah memandu pulang ke kampung dengan sebuah Volkswagen untuk berhari raya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *