BMW 5-Siri Grace Line edisi terhad untuk Jepun

By  |  0 Comments

BMW-5-Series-Grace-Line-2

BMW telah memperkenalkan model edisi terhad 5-Siri Grace Line untuk pasaran Jepun. Ia hanya diproduksi sebanyak 160 unit hahaja, model ini ditampilkan dengan warna eksklusif Mineral Grey metalik, lampu utama adaptif LED, lampu kabus LED dan juga rim aloi bersaiz 18-inci.

Bagi bahagian kabinnya, ia ditampilkan dengan tempat duduk sport balutan kulit Dakota, roda stereng M Sport balutan Nappa, kluster instrumen digital, Kawalan Kelajuan Aktif, sistem Amaran Penukaran Laluan dan banyak lagi.

Ditawarkan dengan dua versi iaitu 523i dan 523d, ia berharga 7,200,000 Yen (lebih kurang RM216,209) bagi petrol dan 7,430,000 Yen (lebih kurang RM223,071) untuk diesel.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *